sila klik...menarik

Wednesday, August 21, 2013

LAGI GAMBAR KEMALANGAN BUS



Punca Bas Kemalangan Jatuh Gaung Di KM 3.6 Jalan Genting Highlands-Karak pada 21 ogos 2013. Terkini, tragedi nahas terburuk telah berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuah bas ekspres henti-henti Genting Highlands pada pukul 2.30 petang.

Pihak bomba menjangkakan seramai 49 mangsa yang berada dalam bas tersebut ketika kejadian itu berlaku. Punca awal kemalangan dipercayai pemandu bas hilang kawalan sebelum terbabas kedalam gaung. Usaha mengeluarkan mayat mangsa sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

bas genting kemalangan

Laporan Terkini Bas Jatuh Gaung 21 Ogos 2013

Update 10.59 PM-37 orang disahkan maut nahas bas terjunam ke gaung
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bahawa jumlah kematian tragedi nahas bas persiaran terjunam ke dalam gaung di KM3.6, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang. Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Kesemua mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Selain mangsa maut, seramai 16 lagi mangsa yang cedera turut berjaya dibawa keluar kawasan kejadian dan mereka kini menerima rawatan di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan setakat jam 10.20 malam adalah seramai 53 orang

update 6.00 PM- Sidang Akhbar Bas Jatuh Gaung Dari Pengarah Operasi Bomba
Berdasarkan sidang akhbar Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, Setakat ini 32 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia.Menurut Azizan kemalangan berlaku di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur membabitkan sebuat bas ekspres henti-henti Genting Highlands.

Gambar Bas Ekspres Henti-Henti Genting Highlands Jatuh Gaung

bas genting kemalangan

kemalangan genting 1

bas genting kemalangan 5

genting 6

bas genting kemalangan 4

kemalangan genting 3

bas genting

KEMALANGAN DI JALAN GENTING


Semalam 21/08/2013 Negara Telah dikejutkan dengan Berita Kemalangan Maut melibatkan sebuah Bas yang telah terjatuh ke dalam gaung yang amat dalam.
seramai 37 orang telah terkorban manakala 16 cedera didalam kemalangan tersebut..
Kemalangan ini adalah yang terburuk didalam negara. Dimanakah puncanya?siasatan harus dilakukan dengan kadar segera.

Pasti isu ini akan dihangat diperkatakan dan dibincangkan sepanjang minggu.

dipetik dari kosmo
 
 
 
 
Kemalangan ngeri yang berlaku pada pukul 2.24 petang itu berlaku ketika bas yang membawa 53 penumpang itu sedang menuruni jalan curam dari stesen di puncak Genting Highlands menuju ke Perhentian Bas Pekeliling di ibu negara.
Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Saimon Jahid berkata, selepas 14 minit meninggalkan pusat peranginan itu, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
"Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh," kata beliau ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.


 
 
 


Tuesday, August 20, 2013

DASAR MESRA KELUARGA..SEMOGA DIPERMUDAHKAN PELAKSANAANYA...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang berlangsung pada hari ini 22 Ramadhan 1434H bersamaan 31 Julai 2013M telah membuat keputusan untuk melaksanakan dasar mesra keluarga di dalam menempatkan kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

Dasar ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada kakitangan untuk berkhidmat di lokasi yang berhampiran dengan pasangan mahupun tempat tinggal keluarga masing-masing. Ia bagi memberikan kemudahan untuk kakitangan berinteraksi dan berurusan dengan keluarga masing-masing dengan ruang yang selesa tanpa diganggu oleh hambatan tugas di lokasi yang berjauhan.

Kerajaan Kelantan sepenuhnya percaya bahawa perjalanan urusan keluarga yang seimbang dan selesa akan memberikan motivasi kepada kakitangan meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing.

Dalam hal ini, pelaksanaan dasar ini berkuatkuasa serta merta dan akan diuruskan dari sudut teknikal oleh pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Sekian.

YANG AMAT BERHORMAT USTAZ DATO AHMAD BIN YAKOB, Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 22 Ramadhan 1434H bersamaan 31 Julai 2013M

Monday, August 19, 2013

CCRIS



Kesan buruk Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) kepada peminjam ingkar PTPTN. Pelajar yang tidak bertanggungjawab untuk membayar semula pinjaman PTPTN akan menerima beberapa kesan seperti disenarai hitam oleh pihak Bank dan sukar untuk membuat sebarang pinjaman. Terbaru, pihak PTPTN dengan kerjasama bank negara telah melaksanakan CCRIS yang berkuat kuasa mulai ogos 2013.

ptptn

Pengenalan CCRIS
CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan. Pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Kesan Sistem CCRIS Kepada Peminjam Ingkar PTPTN
Peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya. Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman.

BALING DAN SEMBUNYIKAN DIRI..HATI2...



Kes baling batu kearah cermin kereta dari jejantas Lebuhraya Cheras-Kajang di Taman Connaugh. Sebelum ini pernah dilaporkan kejadian dimana seorang pemandu cedera akibat balingan batu batu oleh individu yang tidak dikenali.

Bukan sahaja cedera malah ia juga menyebabkan kerosakan teruk pada cermin kereta. Insiden ini dilaporkan berlaku berulang kali dan tidak pasti apa punca si pelaku berbuat demikian. Kepada pemandu, sentiasa berhati-hati ketika melalui laluan berkenaan.

kes baling batu

Sunday, August 18, 2013

HARGA DAN SPESIFIKASI PROTON SUPRIMA S



Harga dan Spesifikasi Proton Suprima S model baru 2013. Model kereta terkini dari proton telah dilancarkan kepada umum pada 17 ogos 2013 yang bertempat di Pusat Pameran Dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Orang ramai kini boleh mendapatkan Suprima S dengan harga serendah RM77K sehingga RM80K.

Proton suprima S ini dipamerkan dengan lima variasi warna iaitu, Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquilty Black. Selain itu, Proton turut memperkenalkan dua jenis variasi model terbaru mereka iaitu Executive dan Premium mengikut bajet pengguna.

Harga Proton Suprima S
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Gambar Proton Suprima S

suprima-s
proton-baru-2013
suprima-s2

Spesifikasi Suprima S

spec spesifikasi

GAMBAR KEMALANGAN USTAZ AZHAR IDRUS



Baru-baru ni telah berlaku kemalangan antara kereta Volkswagen Golf GTI Ustaz Azhar Idrus dan sebuah proton Iswara di Pengadang Baru, Kuala Terengganu.

Kedua-dua pemandu termasuk UAI sendiri dilaporkan selamat manakala pemandu proton Iswara hanya mengalami kecederaan kecil sahaja. Menerusi daripada laporan orang yang mengenali Ustaz Azhar, dikhabarkan beliau gemar memandu laju. Dari segi impak kemalangan, dapat dilihat kereta UAI telah melanggar bahagian sisi kereta proton hingga remuk. Difahamkan, UAI dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi menghadiri kuliah.

uai-kemalangan-2 uai-kemalangan-1

Gambar Ustaz Azhar Idrus UAI Kemalangan 17 Ogos 2013
Gambar Kereta UAI Kemalangan 2 Gambar Kereta UAI Kemalangan 4 Gambar Kereta UAI Kemalangan 5 Gambar Kereta UAI Kemalangan




gambar-ustaz-azhar-kemalangan

Saksikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...