sila klik...menarik

Sunday, October 13, 2013

GAMBAR KES TEMBAK DI BINJAI KOTA BHARU


Gambar kes tembak di Binjai Kota Bharu Kelantan pada 11 Oktober 2013. Seorang mangsa wanita yang dikenali sebagai Nurul Atikah Bt Sidik cedera parah di bahagian lengan dan tapak tangan akibat 2 das tembakan di persimpangan lampu trafik depan Balai Polis Binjai. Tembakan itu dipercayai dilepaskan oleh salah seorang dari 2 suspek lelaki melayu yang menaiki motosikal jenis Yamaha pada pukul 6.45 petang.

Sebelum kejadian mangsa dilaporkan memandu kenderaan jenis Persona dalam perjalanan dari Kampung Karang ke Kampung Kerian. Namun apabila mangsa berhenti di trafik light Binjai kerana lampu merah, mangsa ditembak 2 das tembakan. Mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut. Motif dendam merupakan punca awal kepada insiden tersebut.

Gambar Kes Tembak Di Binjai Bachok Kelantan 11 Oktober 2013
kes tembak di binjai kelantan
kes tembak kelantan

No comments:

Post a Comment

Saksikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...