sila klik...menarik

Sunday, October 6, 2013

PERMOHONAN BIASISWA PENERAJU TUNAS GELIGA 2013



Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 Lepasan UPSR. Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 mensasarkan pelajar-pelajar lepasan UPSR yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar.

Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di suasana yang lebih kondusif untuk pembelajaran serta pembangunan jati diri mereka. Di samping program-program akademik, para pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berkomunikasi, kemahiran Bahasa Inggeris, pemupukan nilai-nilai murni, pembinaan kemahiran serta pemerkasaan keyakinan diri.

Peneraju-Tunas-Geliga-2013

Syarat-syarat Kelayakan
  • Bumiputera & warganegara Malaysia;
  • Keputusan Percubaan UPSR dan UPSR 2013 samada 5A, 4A 1B atau 3A 2B*;
  • Pendapatan isirumah RM3,000 ke bawah; dan
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersendiri.
Nota Penting: Pemohon yang melepasi pencapaian minima bagi Percubaan UPSR kini boleh mula mendaftar. Pemohon perlu mengemaskini maklumat berkenaan keputusan UPSR di dalam Sistem Permohonan Online Program Peneraju Tunas Geliga 2013, selepas keputusan UPSR diumumkan.

Tempoh Permohonan
Permohonan Dalam Talian (Online Application) dibuka dari 15 September 2013 sehingga 11 Oktober 2013.

Borang Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013
Untuk mendapatkan borang permohonan secara online, sila layari http://penerajutunas.crmonthenet.com/geliga/module/login.php

Tarikh Tutup
11 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment

Saksikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...