sila klik...menarik

Sunday, September 29, 2013

LAGI MASJID RINTUH-TERENGGANU


Gambar Siling Masjid Bukit Tunggal Terengganu Runtuh pada 29 September 2013. Kejadian itu disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk pada awal 4.00 pagi setelah terdengar bunyi yang kuat. Menurut sumber, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan akibat insiden tersebut. Untuk info, ini bukanlah kali pertama masjid runtuh di Terengganu. Sebelum ini, Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pernah mengalami nasib yang sama.

Gambar Siling Masjid Bukit Tunggal Terengganu Runtuh 29 September 2013
masjid trg runtuh masjid trg runtuh1 masjid trg runtuh3 masjid trg runtuh4 masjid trg runtuh5 masjid trg runtuh6

BUAT PEMINAT TEGAR



Senarai jenama rokok naik harga lagi mulai isnin 30 September 2013. Pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar telah mengumumkan beberapa jenama rokok yang akan naik harga sebanyak RM1.50 mulai tarikh tersebut. Melalui peningkatan yang diumumkan, harga baru untuk sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.

Punca Kenaikan Harga Rokok
Punca kenaikan harga rokok dikenal pasti kerana industri tembakau kini berdepan dengan tekanan inflasi, kos buruh dan kos input, yang membawa kepada peningkatan kos operasi. Selain itu, kuantiti industri tembakau sah juga terjejas akibat peningkatan berterusan perdagangan rokok secara haram.

Senarai Jenama Rokok Naik Harga Mulai 30 September 2013
HARGA-ROKOK-NAIK-LAGI

Wednesday, September 25, 2013

CARA PEMOHONAN PELAJAR MALAYSIA DIMESIR SAMBUNG DI IPTA/IPTS


Permohonan pelajar Malaysia di Mesir sambung pelajaran di IPTA/ IPTS tempatan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka peluang kepada pelajar Malaysia yang telah terkandas ketika pembelajaran di Universiti Mesir untuk menyambung semula pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.

kpm

Borang Permohonan Online
Untuk dapatkan borang permohonan atas talian, sila layari https://www.mohe.gov.my/j3p2m/ atauhttp://www.moe.gov.my/

Panduan Permohonan

1. Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti tahun klinikal (tahun akhir pengajian di universiti di Mesir) bagi bidang perubatan dan pergigian.

2. Pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip “parallel” (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian. Sebagai contoh, pengajian perubatan di universiti di Mesir mengambil masa enam (6) tahun, manakala pengajian perubatan di Malaysia mengambil masa lima (5) tahun. Oleh yang demikian, dari segi pelaksanaan, pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun tiga (3) IPT di Malaysia. Justeru, pemindahan kredit ini membolehkan pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir meneruskan pengajian pada tahun tiga (3) di IPT di Malaysia. Pelaksanaan ini dibuat secara “one-off” iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir 2013 sahaja. Manakala pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar bidang pengajian Islam yang ingin mengikuti pengajian di IPT di Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

3. Anda dikehendaki berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM) dengan mengisi borang permohonan atas talian pada pautan berikut www.mohe.gov.my/j3p2m mulai 24 September 2013 jam 5.00 petang. Anda boleh menyemak senarai IPT di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di pautan berikut senarai IPT di Malaysia. Permohonan atas talian ditutup pada 8 Oktober 2013 jam 12.00 tengah hari.

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak serta dikepilkan dengan dokumen sokongan (yang telah disahkan) seperti berikut:
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Sijil Tinggi Agama
Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (sila rujuk pautan kelayakan MQA );
d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);
g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan
h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

5. Anda perlu mengemukakan borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan kepada JPPPMM selewat-lewatnya pada 09 Oktober 2013 sebelum pukul 12.00 tengah hari di alamat berikut.
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya

6. Syarat minimum kelayakan akademik bagi penempatan pelajar di IPTA untuk kursus pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- atau A2 dalam sembilan (9) subjek di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan satu daripada mana-mana subjek dalam SPM SERTA mendapat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan dalam keputusan semasa di universiti di Mesir.

7. Bagi pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan dan masih belum mendapat keputusan peperiksaan, penentuan tahun kemasukan ke IPT di Malaysia akan ditentukan oleh JPPPMM.

8. Keputusan berjaya atau gagal bagi pemilihan pelajar untuk meneruskan pengajian di IPT di Malaysia adalah ditentukan oleh JPPPMM dan keputusan adalah muktamad.

Sunday, September 22, 2013

VIDEO KAKITANGAN PEGAWAI KESIHATAN KANTOI


Video kakitangan pegawai kesihatan rasuah dengan masukkan jentik-jentik ke dalam tangki tersebar. Dua individu dipercayai kakitangan jabatan kesihatan memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki sebuah bengkel kereta di Taman Industri Bahau pada 17 september 2013. Kejadian itu juga telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik pada 18 september 2013. Selepas buat pemeriksaan dua individu terbabit mengatakan tangki itu mengandungi jentik-jentik dan pemilik premis diminta membayar saman.

Walau bagaimanapun, pemilik premis berkenaan memaklumkan bahawa dia sentiasa membersihkan tangki air itu selang dua hari dan berpendapat mustahil ada pembiakan jentik-jentik. Ekoran tidak berpuas hati, pemilik premis telah melihat rakaman CCTV selepas dua kakitangan itu beredar dan terlihat salah seorang daripadanya seperti memasukkan sesuatu dalam tangki.

Gambar Rakaman Pegawai Kesihatan Masukkan Jentik-Jentik Dalam Tangki
rasuah1

Gambar Tangki Yang Dimasukkan Jentik-jentik
rasuah2

Video Pegawai Kesihatan Masukkan Jentik-Jentik Dalam Tangki

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ KOMUNITI SESI NOVEMBER 2013 -ONLINE


Permohonan kemasukan ke Kolej Komuniti sesi november 2013 secara online. Menerusi portal rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk ke Kolej Komuniti kini sudah dibuka mulai 8 ogos 2013. Berikut adalah cara untuk membuat permohonan online Kolej Komuniti bagi calon yang berminat.

kolej-komuniti

Senarai Program Ditawarkan
Kolej Komuniti menawarkan empat mod program pengajian iaitu ;
1- Sijil Kolej Komuniti Berterusan – SKK(T)
2- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Dengan SPM – SKK (M)
3- Sijil Kolej Komuniti Bermodular Tanpa SPM – SKK (M)
4- Sijil Modular Kebangsaan – SMK

Borang Permohonan Online Kolej komuniti

Semakan Keputusan Permohonan
Semakan kemasukan ke Kolej komuniti boleh disemak mulai 27 september 2013 di laman http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK_Mod_v2/

Tarikh Tutup
27 September 2013

TARIHK HARI RAYA HAJI





Tarikh hari raya haji Aidiladha 2013 di Malaysia. Menerusi kalender islam tahun 2013, tarikh rasmi hari raya korban dinegara ini adalah jatuh pada 10 Zulhijjah 1434 bersamaan dengan selasa 15 Oktober 2013. Seluruh umat islam di Malaysia akan meraikan hari kebesaran dan menjadikan hari tersebut sebagai cuti umum di seluruh negeri.

Tarikh Hari Raya Haji Aidiladha 2013 Di Malaysia

15 Oktober 2013: Selasa : Semua Negeri Cuti Umum

16 Oktober 2013: Cuti umum Hari Raja Haji Hari Kedua: Hanya untuk negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu Sahaja

hari-raya-haji 2013

 

 

Wednesday, September 18, 2013

Sambungan.... Perjalanan Ke Bukit Merah Lake town Resort



Salam...Berbalik kepada percutian tersebut..Bersebelahan Perkampungan air terdpat sebuah ecopark,dimana didalamnya terdapat pelbagai jenis flora dan fauna..Bagus untuk anak-anak kita mengenali dan mempelajari sesuatu yg sebenarnya..

Anak-anak pasti akan bertanya apakah nama haiwan dan bunga yang terdapat di dalam ecopark tersebut..Tapi tuan puan jangan risau,ini adalah kerana pihak resort menyediakan beberapa orang bagi menerangkan segala jenis ape yang ada didalam tu?senang bukan...ilmu pon kita dapat.

Ini adalah beruang yang berasal didalam hutan tebal di sarawak.
 


 
pertunjukan burung pon terdapat di dalam ecopark ini.
 
Percutian begini amat sesuai untuk anak-anak yang sedang membesar. Selain bermain air di waterparknya..Anak-anak boleh mendapat ilmu baharu didalam kehidupan sehari-hari.
 
Penginapan di Kampung Air pula amat selesa dan dengan layanan para pekerja resort yang sentiasa memberikan senyuman dan perkhidmatan yang terbaik tanpa mengira waktu.
Didalam setiap bilik di Kampung air.semua kelengkapa disediakan termasuklah sebuah Al-Quran.
Begitulah apabila pemilik Resort melayu islam pasti tidak akan terlepas pandang akan hal-hal berkaitan agama islam.
Rupa-rupanya MKland adalah pemilik Bukit Merah Lake Town Resort ini. Tahniah buat MKland. Orang Melayu Yang berjaya di Malaysia.

 
 


Tiada Kata Selain Melihat Anak-anak membesar

Cuti Hujung minggu ditambah pula dengan cuti am,percutian pasti menjadi destinasi bagi anak-anak tersayang.

Setelah sebulan membuat perancangan dengan sedikit budget, saya pada minggu yang lepas telah membuat perancangan untuk ke bukit merah lake town resort taiping perak.

Perjalanan dari Negeri Kelantan melalui jeli dan seterusnya ke Gerik melalui lebuh raya timur barat dan seterusnya ke kuala kangsar dan seterusnya ke higway plus untuk ke Bukit Merah Lake Town Resort.

Perjalanan yang mengambil masa yang amat panjang amat memcabar minda dan fizikal. Tetapi diTentah-tengah perjalanan antara gerik dan jeli terdapat satu gunung yang amat cantik pemandangannya. Puncak gunung titiwangsa..ya...terdapat RnR di Puncaknya..Hanya terdapat hanya sebuah restoran dan sebuah surau serta sebuah tanda yang amat selesa.
Berbalik pada restoran yang hanya satu2nya teRdapat disitu...seingat saya,abislah mesti mahal ni..tapi..jangan menilai sesuatu tanpa mencuba kan...Nah..harga sepinggan nasi ayam hanya RM5..Teh AIs hanya Rm1.20..bayangkanlah restoran yang berada pada puncak banjaran gunung..harga biasa dengan tanah rata..

Dari RnR Banjaran Titiwangsa
 
Perjalanan ke Bukit Merah Lancar Dengan keadaan cuaca yang baik. Tetapi sampai sahaja di Kuala Kangsar bagi menghala ke LebuhRaya Plus Keadaan Trafik agak tergendala akibat daripada kerja-kerja membaiki lebuhRaya tersebut.
 
Saya sampai di Bukit Merah Lake Town Resort sekitar jam 4 petang. Terus Check in. saya mengambil perkampungan air sebagai tempat untuk merehatkan badan setelah setengah hari memandu.
 
Bilik di Perkampungan air. Selesa dan Tenang

pemandangan di waktu malam perkampungan air
Bagi yang memilih untuk menginap di perkampungan air ini..dimaklumkan bahawa kereta tidak dapat pergi dekat perkampungan ini. pihak lake town menyediakan kereta buggy dengan pemandu sekali untuk  kegunaan penghuni. penghuni bila-bila masa boleh menelefon perkhidmatan buggy ini untuk ke destinasi di dalam lake town ini dengan percuma.
 
Bersambung........tunggu ya...saya akan ceritakan pula ape yang ada didalam water park di bukit merah lake town resort...
 
 
 
 




 

Monday, September 16, 2013

POLIS TEMBAK ISTERI DAN BAPA MERTUA - LEDANG



POLIS TEMBAK ISTERI DAN BAPA MERTUA


Lans Korporal Fadzli Omar merupakan polis yang tembak isteri dan bapa mertua sebelum bunuh diri. Terkini, suspek tidak mempunyai rekod penyakit mental dan merupakan seorang kakitangan yang mempunyai prestasi baik. Suspek didakwa menembak mati isterinya di rumah mereka di kuaters Felda Chempelak di Segamat di mana beliau ditugaskan sebelum mengambil anaknya yang berusia dua tahun untuk pergi ke rumah mertua di Jalan Ja’amat.

Suspek turut menembak mati bapa mertuanya Ab Kadir Md Arif di bahagian kepala di ruang tamu dan kemudian menembak kepalanya sendiri. Kejadian yang berlaku 7.30 malam Sabtu ketika seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak diri sendiri.

Gambar Lans Korporal Fadzli Omar
Lans-Korporal-Fadzli-Omar

Laporan Kejadian
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mertuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer. Suspek, 28 tahun, dikatakan mencari ibu mertua tetapi gagal dan terserempak dengan bapa mertuanya yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Video Laporan Kes Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua

Gambar Kejadian Polis Tembak Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri
kes polis tembak 1 kes polis tembak2 kes polis tembak3

Tuesday, September 10, 2013

TAN SRI YAHAYA AHMAD




TAN SRI YAHAYA AHMAD

TOKOH: Yahaya Ahmad, Tan Sri.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1947, di Dungun, Terengganu.Meninggal dunia pada 3 Mac 1997.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Bukit Besi, Dungun, Terengganu, 1954 - 1959. (2). Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak, 1960 – 1966 (3). Loughborough College, England, dalam bidang kejuruteaan automatif, 1967- 1970.

KERJAYA: (1). Pegawai Eksekutif dengan Wearne Brothers (M), Kuala Lumpur. Naik pangkat sebagai Pengurus Francais Serantau/Am dan kemudian sebagai Pengarah Eksekutif Wira Wearne Brothers (M) Bhd, 1971. (2). Presiden HICOM melalui pengambilalihan HICOM oleh Syarikat miliknya DRB, 1995- 1997.(3) Pengarah dan Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON), 1995..(3). Pengerusi Kedah Cement Holdings Berhad, 1995 - 1997. (4). Mechmar Corporation (Malaysia) Bhd., 1995 - Mac1997.

PENCAPAIAN/SUMBANGAN: (1). Memiliki kira-kira 200 syarikat berkaitan pengangkutan terutama dalam bidang automatif di bawah naungan syarikat induknya Kumpulan DRB-HICOM, termasuk pembelian Syarikat Lotus Group International Britain daripada pemilknya Romano Artioli dengan harga RM204 juta, 1996. (2). Pemiiikan syarikat yang bertunjangkan industri automobil ini meletakkan beliau sebagai tokoh jurutera yang memanfaatkan sepenuhnya pengetahuannya dalam bidang kejuruteraan automatif apabila beliau menguasai pemasangan dan pembuatan pelbagai jenis kenderaan termasuk motosikal, kereta, kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan berat. (3). Terlibat secara langsung dalam penubuhan syarikat pengangkutan udra, Air Asia. (4). Namanya adalah sinonim dengan industri otomobil nasional dan mendapat julukan umum sebagai “Raja Automatif”.

SEJARAH HIDUP TOKEY HONDA



Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya.


Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.


Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit.
Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

PINJAMAN BOLEH UBAH JPA



Permohonan pinjaman pelajaran boleh ubah JPA sesi 2013/ 2014 secara online. Sukacita dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai Kumpulan Pelaksanaan yang ingin mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama adalah dipelawa untuk memohon kemudahan Pinjaman Ubah (PBU) bagi Sesi 2013/2014. Untuk pengajian sepenuh masa, penajaan yang ditawarkan adalah Cuti Beìajar Separuh Gaji (CBSG) dan PBU, manakala bagi pengajian separuh masa, hanya PBU yang ditawarkan.

pinjaman-boleh-ubah

Pelawaan ini tidak meliputi Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang mempunyai peruntukan sendiri untuk mongendalìkan kursus di peringkat Diploma/ Ijazah Pertama atau agensì yang mempunyai badan penaja yang Iain. Antara Kementerian/Jabatan/Agensi yang dimaksudkan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (bagi Pegawaì-Pegawai Perkhidmatan Pendidikan).

Permohonan Online Pinjaman Boleh Ubah JPA 2013/ 2014

Syarat-syarat Kelayakan
Untuk syarat kelayakan sila baca di Syarat Permohonan Pinjaman Boleh Ubah JPA

Tarikh Tutup Permohonan
Pemohonan perlu mengemukakan permohonan sebelum 20 September 2013. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Wednesday, September 4, 2013

KUALA KRAI DAHULU DAN KINI



Salam...

Kuala Krai pada Tahun sekitar 2007 masih lagi sebuah Bandar yang agak suram jalinan perdaganganya. Saya Tiba di Kuala Krai sekitar pada tahun 2008 akibat bertugas di jajahan krai...

Mood masa tu..memang bercelaru dengan keadaan suasana bandar yang mana lepas je solat isyak semuanya menjadi sunyi sepi bagai tiada penghuni..

 


 
 
 
Kawasan tumpuan masa tu hanyalah sebuah pasaraya econjaya dan pasar besar kuala krai...Hanya terdapat sebuah Bank sahaja di bandar pada masa itu.
Kehidupan penduduk sekitar pon biasa-biasa sahaja. dengan keadaan jalan yang tidak sibuk..tiada masalah jem di kuala krai ini.
 


 

 
Kini pada tahun 2013 ini sahaja,pelbagai kawasan perumahan tumbuh bagai cendawan...pasaraya naik seiring dengan naiknya kawasan perumahan baru...
jalan raya jika hari minggu pasti sesak dengan jumlah kenderaan ditambah pula dengan lori-lori balak yang menggunakan jalan tersebut.
Bandar kuala krai kini setaraf kota bharu dengan semua kemudahan telah tersedia.
permintaan makin tinggi dari sehari ke sehari dengan bertambahnya penduduk di kuala krai.

Perlu dia ambil perhatian...kadar jenayah di kuala krai makin membimbangkan..pada dada-dada akhbar kini sering melaporkan jenayah yang berlaku.
jenayah kini makin menjadi-jadi seiring dengan kemajuan kuala krai.
desakan untuk hidup dalam mencari sesuap nasi makin menjadi runcing.
JIka dulu penduduk boleh hidup dalam aman dan damai..kini semua penduduk sering berjaga-jaga...

saya sebagai perantau yang merantau ke jajahan kuala krai mula terasa bahang kepesatan pembangunan telah menghapuskan nilai norma kehidupan disini suatu masa dulu.







PUNCA RON95 DAN DIESEL NAIK HARGA


Punca sebenar minyak petrol RON 95 dan Diesel naik harga lagi 20 sen mulai 3 September 2013. Kerajaan berbuat demikian kerana kenaikan ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan terhadap rakyat. Subsidi minyak telah dikurangkan kerana kerajaan menanggung beban yang tinggi terhadap subsidi tahunan dari bahan bakar tersebut.

ron95-naik-harga

Kadar Kenaikan Harga 20 Sen
Minyak petrol RON95: RM2.10 seliter
Diesel : RM2.00 seliter

Punca Petrol RON 95 Dan Diesel Naik Harga Lagi
Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Bagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Monday, September 2, 2013

CARA PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH AGAMA 2014 KPM ONLINE



Permohonan Kemasukan Sekolah Agama Tahun 2014 KPM Online. Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia, sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan Kelas Aliran Agama Tahun 2014, boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 01 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).

moe

Permohonon Online Sekolah Agama Tahun 2014 KPM
Permohonan secara online boleh dibuat dilaman http://public.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/

Tempoh Permohonan
1 September 2013 (Ahad) sehingga 15 Oktober 2013 (Selasa).

Saksikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...