sila klik...menarik

Sunday, October 27, 2013

TONTON DRAMA LOVE YOU MR.ARROGANT EPISOD 18 ONLINE


Tonton Drama Love You Mr Arrogant Episode 18 Secara Online. Drama ini sudah berada dipertengahan plot cerita pada Khamis 24 Oktober 2013. Untuk pengetahuan anda, drama bersiri yang mengisahkan perjalanan cinta Zaara Amirah dan Zafriel Irhamini dijangka akan tamat pada 5 November 2013. Jangan lupa saksikan Love You Mr Arrogant setiap isnin hingga khamis pada pukul 7 malam. Seperti biasa, anda boleh tonton episode 18 dilaman ini sebaik sahaja rancangan tamat.

love-you-mr-arrogant episode 17

Tonton Drama Love You Mr Arrogant Episode 18 Online

CUEPACS MINTA JAWATAN PEMBANTU TADBIR DIGANTI

Bernama
3/10/2013

KANGAR, 3 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu nama jawatan Pembantu Tadbir diganti kepada Pegawai Khidmat Tadbir yang secara tidak langsung boleh meningkatkan gred seramai 65,000 penyandang jawatan itu di seluruh negara.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata penyandang jawatan itu merupakan tenaga pelaksana utama dalam perkhidmatan awam sama ada mereka berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan, negeri, badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dan mereka tidak sewajarnya disebut sebagai Pembantu.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-11 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia di sini Khamis, beliau berkata CUEPACS telah mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai pertukaran nama jawatan itu serta meningkatkan gred jawatan berkenaan yang pada masa ini berada pada gred antara 17 dan 26.

Beliau berharap JPA dapat memberi pertimbangan dan respons sewajarnya atas permohonan itu sebelum tarikh konvensyen tahunan CUEPACS selama tiga hari mulai 17 Disember ini bagi membolehkan keputusan yang positif atas cadangan itu dimaklumkan pula kepada seluruh kakitangan berkenaan.

"Lebih diharapkan agar perkara ini dapat diketahui semasa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan bajet negara pada 25 Oktober akan datang," katanya.

Omar berkata CUEPACS juga mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi kelulusan pinjaman perumahan kepada kakitangan perkhidmatan awam mengikut harga rumah, bukan mengikut tangga gaji mereka dengan kadar faedahnya dikurangkan kepada satu peratus berbanding empat peratus sekarang.

Langkah itu dapat mengurangkan bebanan kakitangan awam yang membeli rumah berikutan harga rumah yang semakin meningkat, katanya.

Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012, beliau berkata CUEPACS amat terkejut dengan laporan itu kerana ia meletakkan imej negatif kakitangan perkhidmatan awam yang lemah menjalankan tugas sehingga membazirkan wang kerajaan.

Sehubungan itu beliau berharap segala kelemahan oleh sebarang agensi sebagaimana yang didedahkan dalam laporan berkenaan dapat diperbetulkan segera supaya perkara itu tidak berulang dalam laporan tahun 2013 akan datang.

-- BERNAMA

Sunday, October 13, 2013

PERMOHONAN KEMASUKAN IKBN SESI JANUARI 2014


Permohonan Kemasukan IKBN Sesi Januari 2014 Institut Kemahiran Belia Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan mempelawa calon yang layak untuk mengikuti program pengajian diperingkat sijil dan diploma di IKBN. Berikut adalah cara permohonan secara online IKBN bagi sesi pengambilan Januari 2014.

ikbn-2014

Senarai Program IKBN 2014
Sila muat turun di Senarai Program IKBN 2014

Syarat Umum
  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
Kemudahan
  • Tiket penerbangan bagi pelajar dari dan ke Sabah dan Sarawak.
  • Elaun bulanan RM100 – RM300 sepanjang tempoh pembelajaran.
  • Penginapan, makan minum dan pakaian disediakan.
Permohonan Online IKBN 2014 Sesi Januari
Permohonan untuk masuk ke Institut Kemahiran Belia Negara ini boleh dibuat secara online di laman web Sistem Permohonan Kemasukan ke IKBN 2014

GAMBAR KES TEMBAK DI BINJAI KOTA BHARU


Gambar kes tembak di Binjai Kota Bharu Kelantan pada 11 Oktober 2013. Seorang mangsa wanita yang dikenali sebagai Nurul Atikah Bt Sidik cedera parah di bahagian lengan dan tapak tangan akibat 2 das tembakan di persimpangan lampu trafik depan Balai Polis Binjai. Tembakan itu dipercayai dilepaskan oleh salah seorang dari 2 suspek lelaki melayu yang menaiki motosikal jenis Yamaha pada pukul 6.45 petang.

Sebelum kejadian mangsa dilaporkan memandu kenderaan jenis Persona dalam perjalanan dari Kampung Karang ke Kampung Kerian. Namun apabila mangsa berhenti di trafik light Binjai kerana lampu merah, mangsa ditembak 2 das tembakan. Mangsa yang cedera parah telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut. Motif dendam merupakan punca awal kepada insiden tersebut.

Gambar Kes Tembak Di Binjai Bachok Kelantan 11 Oktober 2013
kes tembak di binjai kelantan
kes tembak kelantan

Sunday, October 6, 2013

PUNCA ANAK MOHD AL-HAFIZ PENJAGA GOL JDT MENINGGAL DUNIA


Punca anak Mohd Al-Hafiz Hamzah penjaga gol Johor Dahrul Takzim JDT meninggal dunia. Doktor mengesahkan bahawa anak sulung Al-Hafiz iaitu Muhammad Adam Farish meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru. Bayi yang masih berumur 2 tahun itu dilaporkan kritikal sebelum meninggal pada pukul 3 pagi 5 oktober 2013 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA). Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Al-Hafiz dan semoga tabah menghadapi dugaan sebesar ini.

Foto Dalam Kenangan- Muhammad Adam Farish ( 2 Tahun)
meninggal

Ekoran daripada itu, Mohd Al-Hafiz dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini bagi urusan pengebumian anaknya. Posisinya juga akan diganti penjaga gol kedua, Mohd. Zamir Selamat.

Lagi Foto
meninggal

anak-jdt

PERMOHONAN BIASISWA PENERAJU TUNAS GELIGA 2013



Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 Lepasan UPSR. Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013 mensasarkan pelajar-pelajar lepasan UPSR yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dan dari latarbelakang yang mencabar.

Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di suasana yang lebih kondusif untuk pembelajaran serta pembangunan jati diri mereka. Di samping program-program akademik, para pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berkomunikasi, kemahiran Bahasa Inggeris, pemupukan nilai-nilai murni, pembinaan kemahiran serta pemerkasaan keyakinan diri.

Peneraju-Tunas-Geliga-2013

Syarat-syarat Kelayakan
  • Bumiputera & warganegara Malaysia;
  • Keputusan Percubaan UPSR dan UPSR 2013 samada 5A, 4A 1B atau 3A 2B*;
  • Pendapatan isirumah RM3,000 ke bawah; dan
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersendiri.
Nota Penting: Pemohon yang melepasi pencapaian minima bagi Percubaan UPSR kini boleh mula mendaftar. Pemohon perlu mengemaskini maklumat berkenaan keputusan UPSR di dalam Sistem Permohonan Online Program Peneraju Tunas Geliga 2013, selepas keputusan UPSR diumumkan.

Tempoh Permohonan
Permohonan Dalam Talian (Online Application) dibuka dari 15 September 2013 sehingga 11 Oktober 2013.

Borang Permohonan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2013
Untuk mendapatkan borang permohonan secara online, sila layari http://penerajutunas.crmonthenet.com/geliga/module/login.php

Tarikh Tutup
11 Oktober 2013

Wednesday, October 2, 2013

LAPORAN PENUH KETUA AUDIT NEGARA BAGI TAHUN 2013



Laporan penuh Ketua Audit Negara bagi tahun 2013 full download. Pada setiap tahun, Jabatan Audit Negara akan mengeluarkan transkrip laporan rasmi mengenai belanjawan negara sepanjang tahun tersebut. Bagi anda yang peka akan perkembangan ekonomi dan belanjawan negara, berikut adalah laporan penuh oleh Ketua Audit Negara, Yang Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Bin Buang.

Download Laporan Penuh Ketua Audit Negara 2012
laporan-ketua-audit-negara

Saksikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...