Semalam 21/08/2013 Negara Telah dikejutkan dengan Berita Kemalangan Maut melibatkan sebuah Bas yang telah terjatuh ke dalam gaung yang amat dalam.
seramai 37 orang telah terkorban manakala 16 cedera didalam kemalangan tersebut..
Kemalangan ini adalah yang terburuk didalam negara. Dimanakah puncanya?siasatan harus dilakukan dengan kadar segera.
Pasti isu ini akan dihangat diperkatakan dan dibincangkan sepanjang minggu.
dipetik dari kosmo
Penolong Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi), Datuk Saimon Jahid berkata, selepas 14 minit meninggalkan pusat peranginan itu, bas tersebut dipercayai hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum terhumban ke dalam gaung.
"Kemalangan tersebut berlaku di satu selekoh tajam berhampiran Tokong Chin Swee. Pokok-pokok besar di lereng bukit menahan bas itu daripada tercampak lebih jauh," kata beliau ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.
No comments:
Post a Comment